Luahan hati.

Luahan hati ibu ayah yang menghantar anak2 mereka di maahad tahfiz… Sangat benar yang dikatakan…semoga bermanfaat…wAllahua’lam

Assalamualaikum

Rentetan tragedi Maahad Tahfiz baru ini izinkan saya utk meluahkan rasa sebagai seorang ayah yg menghantar anaknya ke Mahaad Tahfiz.

ini adalah berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai pihak mengenai kejadian tersebut. TPM mengatakan jangan gadaikan keselamatan utk akhirat… ada celebriti yang begitu lantang marah dengan mudir dan pengurusan tahfiz… ada figura ternama yg minta semua tahfiz tdk di daftar ditutup serta merta… ramai pula yg mempertikaikan ibubapa tdk mementingkan aspek keselamatan….

sebenarnya saya juga tdk tahu banyak mengenai tahfiz sebelum saya menghantar anak saya ke tahfiz 3 tahun yang lalu. Naufal seawal usia 9 tahun telah menyatakan minat utk masuk tahfiz… tanpa melengahkan masa kami mengambil Ä·eputusan utk menghentikan sekolah akademiknya (wlpn dia cemerlang dlm akademik) dan mencari tahfiz yang sesuai…. baru kami sedar bukan senang mencari tahfiz….

1. kalau yang berdaftar biasanya akan hanya menerima pelajar 13 tahun ke atas
2. kalau yang cantik dan lengkap dan di kelolakan oleh ustaz selebriti biasanya mahal dan di luar kemampuan kami dan agak jauh dari rumah..

akhirnya kami ketemu sebuah tahfiz yang baru di buka di pinggir ttdijaya…. rumah corner lot yang serba kurang…. tapi saya berbincang denga isteti mengambil keputusan utk hantar juga… bukan tidak terdetik apa yang akan berlaku jika ada kebakaran kerana tdk ada pintu kecemasan…… tetapi seperti ibubapa lain yg menghantar anak le tahfiz…. kami bukan menyerahkan anak kepada tahfiz tetapi mewakafkan anak ini utk Islam dan yakin Allah mempunyai perancangan yang baik utknya…
tapi tahukah berapa kali kami pernah menangis bila menghantarnya pulang lepas bercuti….. dapatkah aku lihat wajah ini lagi ya Allah….

Tahun lepas kami mengambil keputusan utk menukarkan tahfiz lain dan tidak berasrama… ulang alik dari pkl 7.30 pagi ke 9mlm… Hari pertama meghantar naufal ke tahfiz, kebakaran berlaku di tahfiz memusnahkan sebuah bilik… alhamdulillah semua pelajar berada di surau utk solat maghrib…
tapi kani tidak berputus asa dan meneruskan juga kerana menghantar anak ke tahfiz ujiannya bukan sedikit.

kami bukan lah bercita cita utk menjadikan dia imam masjidil haram atau pun imam masjid shah alam sekali pun…. seperti ingatan saya pada Naufal selalu… naufal boleh jadi apa pun yg naufal hendak apabila besar…. dari seorang doktor kepada peniaga minyak attar di sudut masjid. tetapi akhlak naufal kena akhlak Al quran…

Mungkin ramai yang tidak tahu kebanyakan tahfiz mengenakan bayaran antara rm200 ke rm400 sebulan. ini termasuklah sewa , gaji guru.. gaji warden.. makan 4 kali sehari.. tempat tinggal dsbnya… congak la sendiri kalau cukup.

Biasanya pusat tahfiz akan cari sendiri dana bagi menampung lebihan perbelanjaan mereka. nak mengharapkan pusat zakat.. baitulmal…. mmphh macam2 syarat dan kelulusan.

nak mengharapkan koporat ada yg mengenakan syarat hanya yg ada aliran agama dan akademik yg dapat bantuan. belum lagi yg meminta kertas kerja dan kelulusan dsbnya…

Tahfiz dipandang sepi… anak2 tahfiz pula… seringkali dikata sejuk mata memandang…. jemputan ke majlis kenduri tahlil.. cukur jambul.. rumah baru dsnnya… dapat rm5 atau 10 seoarang.. itu lah fungsi tahfiz di tengah2 masyarakat kita.. tapi tahukah anda banyak mana zaman k anak2 dan remaja yang telah mereka korbankan untuk terus menjadi pewaris naskah mukjizat ini?

Dengan izin Allah.. mereka la yang akan memimpin kita sebenarnya….

kami yg inginkan anak2 menjadi tahfiz faham benar tentang keperluan keselamatan tetapi adakah kami mempunyai pilihan?

kami bukan menghantar anak ke yamaha muzik… kumon atau montesorri berjenama utk kami demand itu dan ini dari pihak tahfiz… kami faham benar dengan kekangan kewangan tahfiz… sekali lagi kami berserah pada Allah..

apabila sesuatu berlaku pada tahfiz kena begitu mudah menyalahkan ibubapa dan ustaz tahfiz…. bukannya ustaz2 tu yang buat marketing supaya kami daftar…. kami yang mencari dan redho menghantar… kami yang memilih jalan itu…. bagi kami ustaz tahfiz banyak berkorban utk mendidik jiwa2 kecil ini… kami terhutang budi…

sehingga kini menghantar naufal setiap pagi … saya akan menciumnya dan memandang dalam matanya…. hati saya siapa yang tahu….

kalau kerajaan ikhlas menolong kenapa tidak adakan aliran tahfiz di sekolah2 terpilih… tahfiiz tanpa akademik! ada bran?

kenapa tidak mudahkan proses perlesenan… kenapa campur adukan politik dengan sekolah tahfiz? jangan bimbang serban putih ini tidak mengugat ….

kenapa tidak ada menteri yang bangun mengatakan tahfiz akan di bantu … dibinakan bangunan dan di selaraskan di bawah kem pendidikan….

kenapa tidak ada suara2 utk memartabatkan institusi tahfiz…. berdiri gah seperti sekolah chung hwa…. pin hwa…. hin hwa… kwang hwa (go visit this schools in klang)…

sampai bila kita hendak melihat tahfiz… menumpang disurau… rumah2 kedai….. rumah2 corner yg di ubahsuai…. dan rumah2 banglo usang yang tak tahu bilakah pendawaiannya pernah diselenggara kali terakhir….? ustaz2nya memandu van burok membawa anak2 ini ke kenduri sana sini…. sampai bila…

berapa banyak nyawa lagi?

saya pohon sekali lagi ……

jangan komen jika tidak tahu apa yang dialami oleh institusi pendidikan tahfiz..

jangan salahkan mudir atau pengurusan tahfiz. mereka telah banyak berkorban….

jangan kata ibubapa tidak peduli. kami punya kekangan kewangan juga untuk memilih tahfiz yg bertilam empuk dan spinkler sana sini.

Bantu la anak2 tahfiz… kita tidak tahu siapa di antara mereka yang akan solat dan talkinkan kita nanti…

Maafkan saya jika terkasar bahasa dan doakan Naufal…….

Wallahualam & Selamat Hari Malaysia

Sheik Amir Hussien
CnP

*Al Fatehah untuk seluruh pelajar tahfiz di tanah air tercinta ini*

Advertisements